KELAB ANNISAAK
Orang monogami (beristeri satu sahaja) saban hari macam-macam cerita negatif yang kita dengar dari cerita melombongkan isteri hingga kes meliwat isteri dan kes memukul isteri. Kalau para artis tu pula , beristeri macam tukar pakaian. Tahun ini pakaian ini dan tahun depan fashion lain pula. Bila kes-kes negatif orang monogami banyak diketengahkan, pejabat Agama Islam tidak pun mengharamkan atau menyusahkan orang yang nak berkhawin monogami.

Apabila segelintir orang yang mengamalkan poligami mengalami kes yang negatif, ia kerap diperbesarkan lalu pejabat Agama Islam menambahkan enakmen itu dan enakmen ini untuk menyulit dan menyukarkan orang yang nak khawin lebih dari satu (poligami). Itulah antara ketidakadilan (zalim) yang sedang berlaku dizaman ini.

Bila nak khawin buat pertama kali, tak pula di soal kepada bakal suami berapa gaji kamu ? Besok kamu mampu ke menanggung anak isteri dengan gaji kecil ini? Peliknya apabila nak khawin lagi dengan isteri kedua, kalau gaji bawah RM2000.00 tak diluluskan pula oleh mahkamah.. Supaya adil kalau macam ini, orang yang bergaji bawah RM1000.00 wajar jangan diluluskan oleh mahkamah untuk berkhawin kali pertama.

Saya kenal seorang hambaAllah kerja sebagai pemandu di jabatan kerajaan di satu bandar besar utama selepas anak dengan isteri pertama dah masuk 7 orang khawin satu lagi dengan anak dara, hidup juga mereka ini.

............

Berkhawin monogami pun susah, kalau tak susah takkanlah banyak yang porak poranda dan bercerai. Inikan pula nak khawin satu lagi. Kalau tak betul cara menanganinya, haru biru jadinya.

.............

Poligami sememangnya lumrah dalam kehidupan manusia sejak zaman Nabi Adam hingga sekarang. Allah yang mencipta lelaki dan Allah tahu kekuatan dan kelemahan lelaki. Berdasarkan fitrah inilah Allah menghalalkan perkhawinan dan berpoligami sesuai dengan ayat AnNisaak ayat ketiga :

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Bab berlaku adil bukanlah payah bebenor. Konsep adil adalah meletakkan sesuatu yang betul kena pada tempatnya. Anak pertama beli basikal baru bila dapat anak kedua, dia tak beli basikal baru tapi dapat basikal second hand dari abang atau kakaknya tu dah kira adillah.Kalau ada dua isteri, yang pertama kecil molek bila beli kain cukup 4 ela sahaja tetapi untuk isteri kedua yang besar dan tinggi, beli kain kena 5 ela. Ini dah kira adillah. Yang pertama suka kain kuning suami beli kain kuning dan yang kedua suka kain biru, suami beli kain biru. Ini dah kira adillah.

Jangan jadi macam seorang kadhi daerah .... yang menasihatkan kepada calon poligami yang baru diluluskan " Engkau .... mesti berlaku adil. Kalau beli kain mesti sama untuk isteri pertama dengan kedua". Sebenarnya, kadhi ini berlagak macam orang pandai-pandai sedangkan isterinya cuma seorang sahaja .

Berkata lagi kadhi yang kononnya pandai ni "Engkau mesti pandai bohong. Kalau isteri pertama tanya engkau yang mana satu engkau palaing sayang, jawablah "aku sayang engkau lebih dari yang sana". Bila engkau pergi isteri muda pula kalau dia tanya siapa yang abang paling sayang, jawablah "engkaulah yang abang paling sayang"."

Sebenonya, sahlah kadhi ini macam kata ibu saya "pandai tak boleh diikut dan bodoh tak boleh diajar".

Konsep adil dalam menangani anak yang ramai dan isteri yang ramai seakan-akan sama. Kalau nak adil 100 % memang mustahil kerana Allah dah kata dalam surah AnnNisaak  ayat ke 129 :

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tuhan yang buat orang lelaki Dia tahulah sifat orang lelaki. Sedangkan Nabi pun sayangkan Aishah lebih sikit dari isteri-isteri yang lain. Asalkan jangan kita sayang satu isteri lalu mengabaikan isteri-isteri yang lain itu dah kira OKlah sesuai dengan ayat diatas. Kalau adalah dikalangan suami yang berpoligami itu mengaku adil 100% dikalangan isteri-isteri nya itu dah kira kes pelik luarbiasa dan tidak sesuai dengan surah AnNisaak ayat 129 tadi.

Dalam kita berumah tangga bermacam-macam masaalah timbul dari masa kesemasa (musibah). Kadang-kadang kecil dan kadangkalanya besar macam ribut taufan dan nyaris bercerai. renungilah ayat AnNisaak ke 111 :

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Kalau rumahtangga bergelora macam laut musim tengkujuh tu maknanya menurut ayat 111 AnNisaak, suami isteri tu banyak buat dosa seperti menonton filem lucah, abaikan sembahyang, tak tutup aurat, isteri berhias bila keluar rumah dan suami tidak mendidik isteri sesuai kearah keredhaan Allah. Maknanya monogami dan poligami, asalkan abaikan perintah Allah dan buat pula yang ditegah Allah, maka tunggulah sahaja azab yang akan diturunkan oleh Allah.

Dengan itu kunci kepada rumah tangga harmoni samaada monogami atau poligami adalah :

"mengerjakan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang ditegah Allah"

Saya dengan ini mengajak kaum lelaki dan wanita menyertai KELAB ANNISAAK yang bertujuan mewujudkan keharmonian rumahtangga melalui saranan "mengerjakan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang ditegah Allah". Marilah memberi sokongan untuk menjadikan kelab ini lebih agresif dalam menangani gejala keruntuhan rumahtangga. Usaha membantu sesama ahli kau diizinkan Allah berjaya merupakan satu amal jariah yang akan membantu kita diakhirat kelak.