ISLAM ASLI DAN TAK ASLI (TIRUAN)
 

Adalah satu sifat yang terpuji apabila membeli barang sentiasa membeli yang asli/original. Ini adalah untuk mengelakkan pembeli dari kerugian kerana barangan yang tiruan tidaklah sebaik yang asli. Beli baju CROCODILE nak yang asli tetapi mengapa hari ini ramai umat Islam suka Islam yang tak asli/tiruan/pirate copy ?

Islam Asli : Ialah Islam yang bersandarkan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Islam tiruan : Ialah Islam yang tidak bersandarkan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Amaran!!

  • Cakap ulamak perlu disemak . Tidak boleh menurut membabi buta kata-kata ulamak. Islam di Turki hancur kerana umatnya mengikut cakap ulamak tanpa menyemak kesahihannya dari Quran dan Sunnah. Di Malaysia sebenarnya lebih sukar mencari ulamak yang bersandarkan Quran dan sunnah. Ulamak yang macam ular dalam semak memang banyak.
  • Amalan yang sudah jadi turun temurun dan sebati tidak semestinya berdasarkan Quran dan Hadith. Amalan salah ini kukuh kerana dah biasa mengerjakannya macam orang yang dah biasa merokok tidak sedar akan kesalahannya. Cuba fikirkan adat pepatih, orang perempuan tilawah AlQuran dan melihat aurat perempuan.

Nasihat dari Imam Masjid Haram.