SAYANG BENOR DENGAN TANGKALNYA!
Mak Nah adalah panggilan untuk makcik yang tinggal berdepan dengan rumah saya. Untuk pergi kerumahnya, saya perlu melintas jalan raya. Mak Nah tinggal bersama suaminya seorang pesara kerajaan. Kedua-dua suami isteri ini sudah berumur lebih dari 70 tahun. Umur kedua orang tua ini lebih tua dari umur ibu ayah saya.

Mak Nah mempunyai ramai anak, kalau tak silap saya lebih dari sepuluh orang. Antara anak-anak beliau satu daripadanya yang tinggal di Kuala Lumpur menyerahkan semua anak-anaknya untuk dijaga oleh ayah ibunya. Seorang cucu lelaki yang saya namakan sebagai amat saja adalah anak kepada anak beliau yang tinggal di Kelantan. Cucu yang bernama Amat ini pada waktu kecilnya dibela oleh Mak Nah dan suaminya.

Dengan ketentuan dari Allah cucu bernama Amat ini telah kemalangan dilanggar kereta dan cedera agak parah. Selepas kemalangan ini Amat diambil semula oleh kedua ibubapanya. Selepas beberapa tahun Amat yang lebih selesa tinggal dengan nenek dan datoknya balik semula tinggal bersama Mak Nah. Nenek dan datok mana yang tidak sayang cucunya. Demi untuk mendidik Amat menjadi seorang pemuda yang beraklak dan beragama, Mak Nah lalu mengorbankan wang ringgit untuk menghantarkan Amat belajar agama di sekolah Pondok  di Negeri Sembilan. Bukan sedikit wang yang habis dibelanjakan untuk pendaftaran dan yuran pengajian dan yuran asrama bagi Amat. Sesampainya Amat disekolah pondok ini, dia dah mula buat hal. Namun Mak Nah dan suaminya terus meninggalkan Amat disekolah pondok ini kerana pada tanggapannya, kelakuan Amat ini adalah biasa bagi pelajar baru seperti Amat.

Mak Nah meninggalkan Amat di sekolah pondok dengan seribu harapan agar Amat kelak menjadi orang yang berguna disisi agam Islam. Namun harapan tinggal harapan sahaja kerana apabila lepas beberapa hari Mak Nah menerima panggilan telefon dari sekolah pondok Amat menceritakan bagaimana Amat melakukan perkara yang pelik-pelik dan mengalami gangguan seperti  orang kena histeria. Mak Nah dan suaminya lalu bergegas menyewa teksi pergi ke sekolah Amat di Negeri Sembilan. Melihatkan keadaan Amat yang menyedihkan lalu Mak Nah dan suaminya membuat keputusan untuk membawa balik Amat kekampung. Setibanya kekampung Amat menjadi elok semula. Oleh kerana Amat memang tidak berminat untuk belajar semula disekolah pondok tersebut, lalu ia memberikan seribu satu alasan agar ia tidak dihantar semula belajar ke sekolah tersebut. Hancur leburlah harapan Mak Nah dan suaminya. Harapan melihat Amat menjadi ustaz tidak kesampaian. Pada usia muda di mana rakan sebaya Amat sedang bersekolah ditingkatan tiga, Amat kini bekerja kasar kawasan sekitar daerah kediaman Mak Nah.

Sewaktu Mak Nah merujuk cerita Amat kepada saya pada kira-kira dua tahun lepas, saya mengambil kesempatan untuk mengorek sejarah Amat ini. Mak Nah ada menceritakan bahawa semasa Amat kemalangan dulu memang amat ada dibawa berjumpa bomoh dan bomoh ada memberikan tangkal untuk disimpan oleh Amat. Sewaktu Amat balik mengikut ayah ibunya, Amat ada juga dibawa untuk bertemu bomoh dan ada tangkal yang diberikan untuk simpanan Amat. Setelah menasihati Mak Nah, saya ada mengatakan bahawa menyimpan tangkal ini adalah menyalahi agama dan Mak Nah seperti benar-benar faham, berjanji akan mencari tangkal tersebut untuk diserahkan kepada saya untuk dibuang. Namun hingga sekarang, janji tinggal janji dan tangkal masih belum diserahkan kepada saya. Pada kebiasaannya disaat umur tua melebihi tujuhpuluhan, memang ramai orang tua seperti Mak Nah merasakan adat kebiasaan berjumpa bomoh dan menyimpan tangkal adalah semacam satu adat yang diredahi Allah. Jadi untuk mengubah tanggapan yang salah ini, satu tempuh waktu yang panjang adalah diperlukan untuk buat satu 'turnover' agar Mak Nah benar-benar faham dan kukuh agar meninggalkan kerja syirik yang berat hukumannya disisi Allah. Saya masih belum berjaya melakukan 'turnover'   keatas Mak Nah.

Akibat penyimpanan tangkal dan azimat oleh Amat cucu Mak Nah ini, sifat-sifat Amat kian berubah. Jikalau dulu Amat sering azan maghrib disurau, kini hanya tinggal kenangan sahaja. Syaitan pada tangkal dan azimat tersebut semakin hari semakin berdamping rapat dengan Amat. Syaitan inilah yang setiap saat membisikkan kepada Amat agar kelakuannya menjauhi agama Islam. Semakin hari hubungan syaitan dan Amat semakin rapat dan seolah-olah tidak akan berpisah lagi buat selama-lamanya. Syaitan inilah yang mempengaruhi Amat supaya benci kepada sekolah agama pondok di Negeri Sembilan dahulu. Syaitan juga mempengaruhi diri Amat dengan secara melampau hingga Amat hilang fikiran dan mengalami histeria. Manakan sanggup syaitan dalam diri Amat untuk terus tinggal di sekolah agama pondok tersebut. Setiap masa syaitan seperti terpukul apabila mendengan azan dan ayat-ayat Allah. Kalau Amat menjadi baik di sekolah ini dan menjadi ustaz, sudah pasti Amat akan membuang tangkal dan azimatnya dan sedihlah syaitan kerana ia akan kehilangan satu sahabat karib bernama 'Amat'.

Amat dirasuk syaitan setiap masa dan waktu dan klimak sewaktu berada di sekolah agama pondok kerana perlindungan Allah keatas Amat telah ditarik balik kerana Amat melakukan syirik yang besar lalu Amat terdedah dengan godaan dan gasakan dari syaitan laknatullah. Elakkan diri kita dari berjumpa bomoh dan menyimpan tangkal dan azimat kerana ini hanya akan menjadikan diri kita syirik lalu menjadi kafir kerana menyengukutukan Allah dan mulai dari saat tersebut, Allah tidak akan memberikan perlindunganNya kepada kita. Pohonlah sentiasa doa terus kepadaNya disamping mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya. Tuhan pasti akan melindungi kita. InsyaAllah.