SIMPAN TANGKAL TANPA SENGAJA !!
Kes ini berlaku kira-kira pada tahun 1990 kira-kira sepuluh tahun yang lepas. Puan Salmah (bukan nama sebenar) adalah seorang guru yang mengajar sisalah sebuah sekolah ternama. Puan Salmah pada waktu itu baru saja mendirikan rumahtangga. Sudah jodoh sebagai kettetapan Allah, puan Salmah berkahwin dengan suami orang dan dapatlah puan Salmah title sebagai isteri kedua atau isteri muda. Menjadi isteri muda mungkin ada seronok dan kelebihannya tetapi tak kurang juga dengan masaalah yang bakal dihadapi.

Selepas sahaja puan Salmah berkahwin, cabaran demi cabaran perlu dihadapi dan cabaran ini semakin hari semakin besar dan mengganas. Diantara cabaran yang besar dan ganas ialah suaminya tiba-tiba tidak dapat bersama (berjimak). Bila suaminya ingin bersama sahaja, lalu suaminya mabuk macam orang mabuk naik kapal laut. Bila dah mabuk percuma (ada orang suka mabuk berbayar dengan minum arak), macam mana nak bersama isteri! Selepas puas berikhtiar puan Salmah bersama suaminya pergi berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan keIslaman. Saya namakan pengamal perubatan ini sebagai encik Saleh sahaja (bukan nama sebenar). Encik Saleh telah memberikan nasehat yang panjang lebar dan tidak ketinggalan zikir berdasarkan hadith yang sahih untuk diamalkan oleh puan Salmah dan suaminya. Sebelumnya, En Saleh telah menasihati tentang konsep akidah dan tangkal lalu memujuk Salmah serta suaminya untuk menyerahakan tangkal dan segala jenis air dan azimat agar diserahkan kepada En Saleh.

Pada lawatan berikutnya, puan Salmah bersama suaminya membawa segala rupa tangkal, air dan azimat yang telah diberikan oleh berbagai-bagai 'ustaz' dan bomoh termasuk seorang bomoh yang telah naik haji dan bersuamikan seorang imam masjid di Melaka. Pada lawatan kedua ini pak Saleh meneruskan dakwahnya dan tidak lupa mememberikan tambahan zikir berserta maknanya untuk diamalkan oleh puan Salmah dan suaminya.

Sekembalinya dari menemui pak Saleh, puan Salmah dan suaminya berusaha mengamalkan suruhan pak Saleh untuk membanyakkan zikir dan berdoa kepada Allah disamping membanyakkan amalan yang disukai Allah seperti sembahyang tahajud dan berpuasa isnin dan khamis. Selepas sekian lama beramal, Tuhan mula memberikan rahmatNya kepada pasangan Salmah dan suaminya. Perkara-perkara aneh seperti mabuk apabila ingin bersama tidak lagi dialami oleh suami puan Salmah. Zikir-zikir yang diberikan sudah dapat dihafalkan oleh suami puan Salmah tetapi malangnya, Salmah masih tidak boleh menghafal zikir-zikir yang diberikan.

Pada pertemuan dengan pak Saleh yang seterusnya, puan Salmah mengadu bahawa ia masih belum dapat menghafal zikir-zikir yang diberikan oleh pak Saleh. Pak Saleh  lalu berkata "masih ada tangkal pada simpanan kau tu Salmah !".

Salmah dengan terperanjat menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pak Saleh dengan mengatakan "saya sejak dulu sampai sekarang tak ada jumpa bomoh mintak itu dan ini !".

Pak Saleh tidak menjawab sanggahan Salmah ini dan hanya tersenyum. Selepas menerima nasihat dan tambahan zikir untuk diamalkan, Salmah dan suaminya pun baliklah dari rumah pak Saleh.

Selepas beberapa bulan beramal dengan segala zikir-zikir yang diberikan serta amalan-amalan lainya termasuk sembahyang tahajud dan puasa isnin khamis, Salmah masih tidak boleh menghafal zikir-zikir yang diberikan.

Beberapa bulan kemudian, Salmah dan suami berkunjung lagi kerumah pak Saleh. Salmah mengadu bahawa beliau maseh belum dapat menghafalkan zikir-zikir lalu yang diberikan oleh pak Saleh. Pak Saleh terus menekankan bahawa puan Salmah ada menyimpan tangkal dan menyuruh Salmah berusaha bersungguh-sungguh mengingat sebarang tangkal yang diberikan oleh bomoh. Sebagaimana dahulunya, Salmah terus dengan jawapan yang sama bahawa beliau tidak ada mengambil tangkal dari mana-mana 'ustaz' atau bomoh. Selepas menerima tambahan zikir, Salmah dan suaminya berlalu dari rumah pak Saleh.

Sekembalinya Salmah kerumahnya, berbincanglah Salmah dengan suaminya mengenai tuduhan menyimpan tangkal oleh Salmah. Sang suami terus memujuk isterinya untuk mengingat kalau ada sebarang pemberian dari mana-mana bomoh. Sebagaimana biasa, Salmah terus menjawab "mana ada saya simpan tangkal!!"

Selang beberapa bulan selepas itu tatkala Salmah sedang berbual dengan suaminya tentang tangkal dan bomoh, tiba-tiba Salmah berkata "bang!, dulu saya ada menemani seorang kawan saya jumpa bomoh di ..... Kawan perempuan saya ini kerja macam saya juga dan dia ada masaalah besar dengan suaminya. Dia ajak saya jumpa bomoh. Saya pun ikut dia jumpa bomoh. Setelah selesai, bomoh ada memberikan macam-macam tangkal kepada kawan saya ini. Saya walaupun hanya menemani dan tidak ada bercakap dengan bomoh tu, tapi dia ada juga beri saya minyak wangi dalam botol kecil macam minyak atar dari mekah. Saya pun terima sebab dia bagi tetapi saya tak minta. Saya masih ada simpan dalam almari dan saya tak tahu nak buat apa dengan minyak wangi ini.".

Selepas mendengar penjelasan Salmah, suaminya lalu mengambil minyak wangi tersebut. Pada hujung minggu, Salmah dan suaminya bekunjung ke rumah pak Saleh untuk menyerahkan botol minyak wangi tersebut. Pak Saleh amat gembira dengan penyerahan botol minyak wangi tersebut. Pak Saleh menerangkan bahawa botol minyak wangi ini telah dimasukkan satu barang kedalamnya dan telah dijampi. Minyak wangi ini juga adalah satu jenis tangkal Selagi tangkal ini ada bersama dengan pemiliknya, selagi itulah pemiliknya tersesat kerana dosa syirik. Selama tempuh ini, syaitan akan terus menggoda pemiliknya dan atas dasar inilah, puan Salmah tidak boleh menghafalkan zikir-zikir yang telah diberikan oleh pak Saleh. Pak Saleh menasihati Salmah dan suaminya agar jangan sekali menerima dan meminta tangkal dari mana-mana 'ustaz', 'ustazah' dan bomoh kerana dosa mensyirikkan Allah adalah amat besar. Sebelum pulang, pak Saleh sebagaimana biasanya, menambahkan lagi amalan zikir untuk dihafalkan oleh Salmah dan suaminya.

Sekembalinya, Salmah dan suaminya seperti biasa berusaha mengamalkan zikir serta pesanan pak Saleh lainya. Selepas beberapa hari kemudiannya, alangkah terkejutnya sang suami kerana isterinya Salmah telah berupaya menghafalkan zikir-zikir yang diberikan oleh pak Saleh.

Beberapa bulan kemudiannya, Salmah dan suaminya tambah gembira kerana telah dapat menghafalkan banyak zikir termasuk ayat dari Al Baqarah bermula dari 'lillahimafissamawatiwamafilard..... hingga tamat surah AlBaqarah". Bermula dari saat itu juga Salmah telah dapat menghafal beberapa surah tambahan dari Al Quran untuk dibaca dalam sembahyang. Semenjak itu Salmah tidak lagi asyik membaca surah Ikhlas dalam sembahyang hariannya. Alhamdulillah.

Apa yang dapat dipelajari dari cerita kali ini ialah bahawa menyimpan tangkal samada diminta atau diberi percuma akan menjadikan pemiliknya sukar mendekatkan dirinya kepada Allah. Jikalau kita nak jadi orang baik, bersihkan diri kita dari segala tangkal dan azimat.