Lailahaillallah....
 

Bila mati ada mengucap "Lailahaillallah..." nescaya masuk syurga kecuali dosa syirik!!

Jangan pula lepas baca ni tiap-tiap hari dan waktu  asyik berlatih syahadah. Keupayaan mengucap syhadah waktu nak mati bukan kerana kemahirannya tetapi berdasarkan sejauh mana konsep "Lailahaillallah..." diterapkan dalam kehidupan seharian.

Bila kita lebih takut manusia (yang jahat) berbanding kepada takut kepada Allah maka gugur lah konsep syahadah. Mungkin kelak waktu nazak sukar untuk mengucap syahadah.

Bila memohon sesuatu meminta kepada makhluk (ciptaan Allah) maka gugur jugalah syahadah.

Hadith Nabi :

"99 sijil kejahatan sepanjang jauh  mata memandang tetapi ada satu sahaja 'bitaqah' Lailahaillallah...(macam kad pengenalan). Apabila ditimbang 99 sijil kejahatan dengan bitaqah Lailahaillallah..., orang ini akan masuk syurga kerana 1 bitaqah ini lebih berat timbangannya."

Namun terpulang kepada Allah , ada yang masuk terus syurga selepas diampun dosanya atau dimasukkan dulu ke neraka sehingga habis dosanya kemudian dimasukkan ke syurga.

Syirik besar dan kecil tetap masuk neraka.

Dosa syirik tak diampun langsung.

Nasihat dari Imam Masjid Haram.