Make your own free website on Tripod.com

PEMURNIAN AQIDAH

AQIDAH ???
NIAT
part 1
part 2
part 3

FATIHAH
part 1
part 2
part 3

BACAAN SURAH
part 1
part 2
part 3
part 4

RUKU'
part 1
part 2
part 3

IKTIDAL
part 1
part 2
part 3

SUJUD
part 1
part 2
part 3
part 4
part 5

BACAAN DUDUK ANTARA 2 SUJUD
part 1
part 2
part 3
part 4
part 5

part 6

BACAAN TAHIYAT AWAL
part 1
part 2
part 3

BACAAN TAHIYAT AKHIR
part 1
part 2
part 3

MARKAH KESELURUHAN
part 1
part 2
part 3



 

Aqidah menurut bahasa arab memberi makna ikatan.

Menurut syara' pula aqidah ialah : "Ikatan keimanan yang kukuh, teguh, kuat dan mantap terhadap Allah swt, para malaikatnya, kitab-kitabnya para rasulnya, hari akhirat dan beriman terhadap qadak dan qadar samaada yang baik atau yang buruk semuanya datangnya dari Allah swt." (Jumhur ulamak/disepakati semua ulamak).

Dari sinilah ditetapkan bahawa rukun iman 6 perkara :

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab-kitab Allah
  4. Percaya kepada Rasul
  5. Percaya kepada hari akhirat
  6. Percaya kepada qadak dan qadar

Rukun iman pertama iaitu percaya kepada Allah boleh dipecahkan kepada 3 iaitu:

1. Tauhid rububiah

"Yakin beserta keimanan yang teguh, kukuh dan mantap (istiqamah) tanpa berbelah bagi dan waswas bahawa hanya Allah sahaja Tuhan yang mencipta segala-galanya. Allah yang maha pencipta (tiada pencipta lain kecuali Dia). Dia adalah Tuhan pemilik segalanya, tiada sekutu dan tiada penolongNya dalam mencipta segalanya. Hanya Allah sahaja yang benar-benar Tuhan yang Maha berkuasa diatas segala apa sahaja ciptaannya, memiliki dan memerintah mengikut kehendaknya, dan tiada kuasa atau perintah yang mutlak selain kuasa dan perintah yang ada padaNya."

Kes 1.

Bolehkah seseorang mengatakan " Saya yakin dengan LUX kerana ia menjaga kulit saya menjadi gebu !!".

Dengan menyebut kata-kata diatas , orang yang berkata telah ingkar tauhid rububiah (tidak beriman - kafir) kerana setiap sutu perkara yang berlaku adalah diatas kehendak dan perintah dari Allah bukan atas kehendak oleh sabun LUX.

Kes 2.

Bolehkah seseorang mengatakan "Api membakar kerana sifatnya yang begitu dan begini.... ?".

Allah mencipta api, memilikinya dan memerintah mengikut kehendakNya. Bila kita menyatakan api membakar kerana sifatnya maka kita telah menafikan peranan yang dimainkan oleh Allah dan gugurlah keimanannya (kafir) kerana tiada tauhid rububiah.

2. Tauhid Uluhiyah

"Dialah Tuhan yang sebenarnya dan hanya Dialah sahaja satu-satunya Tuhan yang wajib disembah, tidak ada sekutu bagiNya. Allah disembah dengan penuh keikhlasan, kecintaan dan kebesaranNya."

Menyembah yang lain dari Allah akan menggugurkan keimanannya (kafir) seperti menyembah berhala yang berbagai-bagai bentuk.

Kes 1

Bolehkah seseorang sebelum masuk hutan berkata "Tabik datok nenek, cucu nak tumpang lalu !!"

Ini telah menggugurkan keimanannya (tauhid uluhiyah / kafir) kerana ia telah menyembah kepada selain dari Allah (sama seperti orang yang sedang mengahadp berhala).

Kes 2

Dikalangan orang jawa selalu akan berkata begini bila jumpa orang cacat "tamit-tamit djambambayi majukaget, besok anak aku ojo koyok ngunu (besok anak aku jangan macam itu!"

Mereka percaya dengan jampi tersebut memberi kekuasaan agar kelak anak jangan cacat seperti itu. Ini menggugurkan keimanan (tauhid uluhiyah) kerana jampi tersebut sebenarnya tidak berkuasa dan yang berkuasa sebenarnya hanyalah Allah swt.

Kes 3

Ramai orang membela ikan puyu didalam rumahnya dengan kepercayaan bahawa ia akan melindungi rumah dari dimasuki oleh pencuri!!

Melakukan ini akan menjadikan seseorang gugur keimanannya (kafir) kerana mempercayai selain Allah ada makhluk lain iaitu ikan puyu boleh melindungi seseorang dari kemasukan pencuri. Hanya Allah yang boleh melindungi.

Kes 4

Terdapat dikalangan orang Islam menyimpan ayat Kursi dalam beg tangannya (yanpa membacanya) dengan mempercayai akan dapat kebaikan dan perlindungan dari syaitan dengan berbuat demikian.

Orang ini juga telah gugur imannya (kafir) kerana mempercayai bahawa selain Allah ada makhluk lain iaitu ayat Kursi boleh memberi kebaikan dan perlindungan dari syaitan.

3. Tauhid asma (nama-nama) dan sifat Allah

""Aqidah seseorang dianggap murni dan sah hanya apabila aqidah tersebut mengimani setiap nama-nama Allah serta sifatNya menurut yang tetlah ditetapkan oleh Allah untuk diriNya didalam Quran dan hadith. Keimanan sempurna bermaksud mengimani setiap nama dan sifat Allah tanpa melakukan:

  1. Takyif - "Bagaimana sifat Allah tersebut?"
  2. Tamsil - "Tidak menyerupakan atau mencontohkan sifat Allah dengan sifat makhluk"
  3. Taktil - "Tidak membatalkan atau menolak sifat-sifat Allah tersebut"
  4. Tahrif - "Tidak merubah, mengganti atau menyelewengkan nama dan sifat Allah"

Ringkasannya : Semua nama-nama dan sifat Allah yang sudah nyata didalam Quran dan Hadith sahih tidak boleh ditakyif, ditamsil, ditaktil dan di tahrif. Sesiapa yang tidak mengimani nama-nama dan sifat Allah sebagaimana terdapat di Quran dan Hadith maka ia telah terkeluar dari aqidah Islam.(kafir).""

Kes 1

Seseorang berkata "Allah menjadikan semua makhluk tetapi siapa yang menjadikan Allah ? "

Orang ini gugur aqidah (kafir) kerana telah melakukan takyif dan tamsil.

Kes 2

Seseorang berkata "Tak ada sesiapa boleh menjatuhkan aku dari takhta ini selagi aku hidup !!"

Orang ini gugur aqidah (kafir) kerana melakukan taktil dengan menolak kekuasaan Allah yang maha segala-galanya.