Bila mati ada mengucap "Lailahaillallah..." nescaya masuk syurga kecuali dosa syirik!!
Jangan pula lepas baca ni tiap-tiap hari dan waktu asyik berlatih
syahadah. Keupayaan mengucap syhadah waktu nak mati bukan kerana kemahirannya tetapi
berdasarkan sejauh mana konsep "Lailahaillallah..." diterapkan dalam kehidupan seharian.
Bila kita lebih takut manusia (yang jahat) berbanding kepada takut
kepada Allah maka gugur lah konsep syahadah. Mungkin kelak waktu nazak sukar untuk
mengucap syahadah.
Bila memohon sesuatu meminta kepada makhluk (ciptaan Allah) maka gugur
jugalah syahadah.
Hadith Nabi :
"99 sijil kejahatan sepanjang jauh mata memandang tetapi ada
satu sahaja 'bitaqah' Lailahaillallah...(macam kad pengenalan). Apabila ditimbang 99 sijil kejahatan dengan bitaqah Lailahaillallah..., orang ini akan masuk syurga
kerana 1 bitaqah ini lebih berat timbangannya."
Namun terpulang kepada Allah , ada yang masuk terus syurga selepas
diampun dosanya atau dimasukkan dulu ke neraka sehingga habis dosanya kemudian dimasukkan
ke syurga.
.
Nasihat dari Imam Masjid Haram.