IKTIDAL

HADITH 228 : KITAB AL BAYAN (Sahih Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya.

Nabi saw pernah terjatuh dari kuda yang menyebabkan kecederaan dibahagian kanan tubuh baginda. Kami cepat-cepat mendapatkan baginda lalu membawa pulang. Sebaik sahaja tiba waktu sembahyang, baginda sembahyang bersama kami dalam keadaan duduk. Ini menyebabkan kami juga mengikuti baginda dengan sembahyang dalam keadaan duduk. Setelah sembahyang baginda bersabda: Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, apabila di bertakbir, takbirlah. Apabila dia sujud, sujudlah. Juga apabila dia bangun, bangunlah. Akhirnya apabila dia membaca 'samiallah hulimanhamidah' bacalah 'robbanawalakalham' dan apabila dia sembahyang dalam keadaan duduk, sembahyanglah dalam keadaan duduk.

Sari hadith;

  1. Imam tidak semestinya sembahyang berdiri sekiranya ada masaalah.

  2. Makmum perlu ikut cara sembahyang imam samaada berdiri atau duduk.

  3. Apabila imam bangun dari ruku' lalu membaca 'samiallah hulimanhamidah', makmum jangan ikut membacanya tetapi jawablah dengan 'robbanawalakalham'.

 

HADITH 226 : KITAB AL BAYAN (Sahih Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya;

Rasululluah saw bersabda: Apabila imam membaca 'samiallah hulimanhamidah' kamu hendaklah membaca 'Allahummarobbanawalakalham' kerana sesungguhnya sesiapa yang membaca doa menyamai sebagaimana yang dibaca oleh para Malaikat, nescaya Allah swt mengampunkan dosanya yang telah lalu.

Sari hadith;

  1. Apabila imam bangun dari ruku' lalu membaca 'samiallah hulimanhamidah', makmum jangan ikut membacanya tetapi jawablah dengan 'robbanawalakalham' atau pun bacaan lain iaitu 'Allahummarobbanawalakalham'