PERCAYA KEPADA RASUL
Hadith Bukhari dan Muslim mafhumnya:

"Tidak beriman seseorang kamu hingga aku (rasul) lebih disayangi olehnya dari anaknya, bapanya dan manusia semuanya."

Kasih kepada rasul adalah syarat sah iman. Kalau kita ikut suruhan emak tetapi tak ikut suruhan rasul maka gugurlah iman. Kalau kita lebih mengikut kata pemimpin dari mengikut kata Nabi saw maka gugurlah iman. Kalau kita lebih mengikut adat turun temurun dari mengikut Nabi saw pun gugurlah iman kita (senang cerita jadi kafirlah).

Nabi berkata :"Kiranya kamu kasih kepada Allah, ikutlah aku". Maka orang yang mengikut rasul adalah orang yang mengikut Sunnah rasul.

Bila kita kasih kepada rasul, Allah kasih kepada kita.

Bila kita kasih emak, bukan dengan buat sambutan hari emak (mother's day), buat patung emak dan buat gambarfoto saiz besar emak tetapi adalah dengan mengikut suruhan emak.

Bila kita mengaku kasih kepada rasul adalah bukan dengan sambutan maulud Nabi kerana Nabi tidak pernah menyuruh umatnya buat Maulud Nabi. Bagaimana kita mengaku kasih kepada Nabi sedangkan apa yang ditegah olehnya kita lakukan?.

Bacaan dalam berzanzi terdapat ajaran yang bercanggah dengan Islam. Dengan membaca berzanzi kononnya mereka ini mengaku kasih kepada rasul tetapi hakikatnya mereka langgar perintah rasul. Pembaca berzanzi ini suka membacanya mungkin kerana sudah menjadi keseronokan seperti keseronokan mendengar lagu hindustan walaupun tidak faham kandungannya.

Nabi berkata : "Jangan kamu puji dan mengangkat aku seperti orang Kristian mengangkat Nabi Isa".

Namun didalam kitab berzanzi Nabi Muhammad telah diagungkan seperti kesnya Nabi Isa diagungkan oleh kaum Kristian seperti dalam kes berikut :

"Engkau (Nabi Muhammad) yang membantu saya .." (sedangkan pembantu sebenar adalah Allah)

"Engkau tempat aku berdamping..."

"Engkau cahaya diatas cahaya...."

 

Bila mulanya maulid Nabi ??

Pada zaman tigaratusan hijrah, orang yang boleh menjadi raja hanyalah orang arab Quraish atau dari keturunan rasul. Pada waktu itu terdapat seorang anak pintar dari kaum Yahudi bani Qidah di Siria berhajat untuk menjadi raja. Pada zaman ini, Bani Abbas (golongan Abbassiyah) sudah mempunyai empayarnya dan gulungan ini suka membunuh anak-anak dari keturunan Saidina Ali ra..

Anak Yahudi yang pintar tersebut lalu keluar dari keluar dari negerinya untuk berhijrah kenegeri lain dan selepas sampai dinegeri baru (Moroko) ia mendakwa (menipu) bahawa beliau adalah dari keturunan cucu saidatina Fatimah anak Nabi saw. Orang dinegeri ini menerima dakwaan pemuda ini lalu akhirnya ia ditabalkan sebagai raja Moroko.Empayarnya semakin kuat dan berkembang lalu menguasai Mesir dan Yaman. Negeri-negeri dibawah empayar Abbassiyah banyak yang jatuh ketangan raja ini.

Fahaman orang Yahudi yang menjadi raja Moroko ini cenderong kepada fahaman Islam Syiah. Raja inilah yang memulakan tradisi maulid Nabi pada 400 hijrah.

Selepas tradisi maulid Nabi ini berjalan lebih dari seratus tahun, pada tahun hirah 527, seorang pembesar kerajaan bernama Amiril Juyush telah mengarahkan agar kerja bid'ah ini diberhentikan. Dengan ini tradisi maulid Nabi telah terputus mulai 527 hijrah.

Bermula dari tahun 700 hijrah, tradisi mengagungkan Nabi Muhammad seperti orang Nasrani mengagungkan Nabi Isa telah dimulakan semula sehinggalah hari ini.

Maulid nabi tidak pernah disuruh oleh Nabi Muhammad hatta sekalipun oleh imam-imam besar Islam termasuk Imam Shafiee.

Cara mendidik anak seperti yang disarankan oleh Islam adalah:

  1. Dimulakan dengan hafalan AlQuran
  2. Diikuti dengan hafalan hadith
  3. Disempurnakan dengan mempelajari ilmu-ilmu Islam lainnya.

Cara ini dapat menghasilkan anak-anak Islam yang berkualiti.

Tetapi apa yang menyedihkan ialah proses didikan anak-anak Islam hari ini telah terbalik. Dimulai dengan belajar ilmu-ilmu Islam (yang telah banyak dipesongkan) dan diakhiri dengan belajar Quran dan hadith. Apabila ditemui perkara-perkara yang bercanggah antara ilmu Islam (yang sudah terpesong) dengan fakta dalam Quran dan Hadith, mereka tetap menegakkan ilmu yang telah dipelajari lebih terdahulu dengan akhirnya menolak fakta dari Quran dan Hadith. Inilah yang menjadikan Agama Islam hari ini kucar kacir.

Nabi berpesan : "Aku tinggalkan 2 perkara, selama kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat iaitu Quran dan hadith"

Tetapi sekarang umat Islam dilarang pula mengaji tafsir Quran dan hadith kerana takut sesat. Lebih dahsyat lagi pula kini dikeluarkan fatwa berikut yang bertujuan untuk mengekang umat Islam dari mempelajari Quran dan Hadith :-

Fatwa songsang 1:

"Jangan mengambil zahir Quran dan Hadith kerana menjadi kufur"

Fatwa songsang 2:

"Tidak boleh taqlid (mengikut) kecuali mazhab yang empat, sesiapa yang ingkar adalah sesat dan menyesatkan."

Berselawat dengan kuat hanya dimulakan diMesir pada tahun 817 hijrah diatas arahan rajanya. Selawat ini disuruh kuat diatas menara seperti kuatnya membaca azan dan ia dibaca selepas azan. Selawat seruan raja Mesir ini menyamai selawat antara dua khutbah sembahyang jumaat yang dilakukan di Masjid-masjid Malaysia.