7 JENIS MANUSIA DAPAT PERLINDUNGAN
 

Hadith dari Muslim dan Bukhari:

7 jenis manusia yang dapat berlindung dengan bayangan arash Tuhan di hari kiamat seperti berikut :

1.  Raja / pemimpin yang adil yang mengikut Quran dan Hadith. Ia tidak menutup pintu orang yang berhajat berjumpa dengannya.

Berhubung dengan raja / pemimpin ini terdapat satu hadith lain mafhumnya :

Orang yang paling besar seksanya ialah 3 macam dan bagi mereka ini seksa yang pedih :

  • Raja / pemimpin yang berdusta.
  • Orang yang miskin dan takabur (membesar diri). Ia merasa lebih hebat dari orang lain.
  • Orang yang mula beruban kepala tapi berzina (Orang tua berzina seperti ..........tu).

2.  Pemuda yang besar didalam taat kepada Allah.

Untuk Ini, Nabi menyarankan dalam mendidik anak, bapa perlu menyuruh anak sembahyang bila 7 tahun. Bila sampai 10 tahun anak masih tak sembahyang, hendaklah tukar tarbiah dengan memukul anak ini. Pukullah dikaki atau ditangan tetapi haram pukul muka walaupun muka haiwan.Bila sampai umur 15 tahun masih tak sembahyang, tiga imam besar termasuk imam Shafiee kecuali imam Abu Hanifa setuju agar anak yang masih tak sembahyang ini dibunuh. Imam Ahmad berkata "Bunuh kerana budak ini telah murtad tak sembahyang".Imam Shafiee pula berkata "Budak ini dibunuh sebagai denda kerana tak sembahyang seperti juga denda bagi penzina iaitu direjam". Sembahyang tak bolah fidyah (kifarah). Puasa, sumpah dan jimak bulan Ramadhan ada kifarahnya.

3.  Lelaki yang hatinya bergantung ke masjid

Lelaki yang sentiasa teringat pergi ke masjid bila dipejabat dan di rumah.

4.  2 Lelaki berkasih-kasihan kerana Allah, berhimpun kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

Kita menyayangi orang lain bukan kerana kepentingan dunia dia orang kaya, orang besar dan berpengaruh. Orang yang mengasihi orang lain kerana kedudukan dan kepentingan dunia ini kebiasaannya sukar untuk mengasihi orang kebanyakan kerana tiada kepentingannya.

Orang yang berkasih-kasihan kerana kepentingan dunia, Tuhan akan tunjukkan didunia lagi mereka bergaduh. (Orang politik tak habis-habis bergaduh selepas beberapa ketika saling mengasihi kerana mereka berkasih-kasihan kerana kepentingan dunia).

5.  Seorang lelaki menyebut Allah dikala sunyi ia menangis.

Kalau menangis menyebut Allah dikhalayak ramai, ini macam air mata buaya ! Menangis mengingat Allah tatkala sunyi adalah kerana rasa keinsafan, berdosa, takut terseksa dan takut neraka.

6.  Seorang lelaki dipanggil oleh perempuan cantik yang mempunyai kelebihan pangkat dan kedudukan yang tinggi untuk diajak berzina lalu pemuda ini bilang "Aku takut kepada Allah" lalu dapat menegah syahwatnya.

Kalau Erra Fazira atau Dato' Sri Rafidah Aziz mengajak kita berzina, perlulah kita berkata "Aku takut kepada Allah"

7. Seorang bersedekah, disembunyikan hingga yang kiri tak tahu apa yang dibelanjakan oleh kanannya. (bersedekah ikhlas sepenuhnya kerana Allah)

Janganlah berderma kerana nama akan keluar dalam suratkhabar atau masuk televisyen.

7 perkara seperti yang disebutkan oleh hadith diatas hanya akan terbit dari didikan Islam semenjak kecil. Untuk membersihkan jiwa anak-anak tarbiahlah dari kecil. Kalau dari kecil diajar seni dan menyanyi nanti besar jadi Kuna atau Kuza anak..... tu. Kalau dari kecil diajar menari nanti besar jadi pengunjung disko. Kalau dari kecil diajar pakai kain singkat, nanti besar suka pakai mini sekerat (skirt).