SIAPA WALI
 

Sebagai umat Islam, kita perlu kenal "wali" agar tauhid tak rosak. Cerita wali dalam Quran memang ada dan dengan itu kita perlu iqtikadkan bahawa bagi wali-wali itu ada keramah / keramatnya (kemuliaan / keistemewaan disisi Allah.)

Wali adalah sama dengan aulia atau kekasih Allah. Wali dari segi definasi syarak ialah orang yang beriman kepada Allah iaitu orang yang menjunjung perintah Allah.

Seandainya ada orang berkata bahawa wali dapat menggambarkan 300 wajah, ini adalah cakap orang pembohong. Seandainya ada pula orang memohon doa terus kepada wali, ini adalah kerja syirik. Berdoa hanya terus kepada Allah.

Mariam bonda Isa ada keramah seperti yang diceritakan dalam Quran kerana beliau adalah orang yang beriman yang sentiasa menjunjung perintah Allah. Dengan sifat Mariam ini, Allah menganugerahkan berbagai pemberian seperti makanan yang berbagai-bagai sewaktu ia mengandungkan Isa dan ketiadaan makanan dipadang pasir. Anugerah inilah yang dinamakan keramah.

Didalam AlQuran juga ada menceritakan seorang menteri kepada Nabi Sulaiman bernama Asef. Beliau adalah orang yang beriman yang sentiasa menjunjung perintah Allah dan dengan itu beliau boleh dipanggil wali. Apabila Nabi Allah Sulaiman minta didatangkan istana puteri Balkis, wali ini berdoa lalu Tuhan kabulkan dan dalam sekelip mata istana sampai kedepan Nabi Sulaiman.Ini adalah keramah yang diberikan Allah.

Asim bin Sabit apabila mati, didatangkan tebuan dan hujan lebat untuk menghalang orang yang berniat jahat terhadap mayatnya. Ini adalah anugerah Allah walaupun sesudah mati dan dinamakan keramah.

Hubaib pula semasa ditahan dan dirantai ditengah panas, Tuhan turunkan anggur sebagai keramahnya.

Jika ada orang mengaku wali dengan berbagai-bagai keramahnya, maka orang ini adalah dajal kecil. Keramah hanya anugerah Allah dan tiada manusia mengetahuinya. Orang yang kononnya wali ini memuji diri sendiri dan samalah seperti anjing yang ekornya keatas.Wali yang tulin tidak ada yang mengaku wali kerana ia tidak memuji diri sendiri. (orang yang mengaku wali ialah orang yang mengaku seolah-olah dirinya adalah orang yang baik).

Saidina Abu Bakar sahabat Nabi semasa makan dengan tetamunya, semakin dimakan makin bertambah makanannya. Ini adalah keramah / anugerah Allah.

Baca "li i la fi quraishin" agar makanan untuk tetamu cukup adalah suatu pembohongan. Macam mana ayat ini ada kuasa untuk mencukupkan makanan yang sedikit ?

Guru tareqat atau kiyai nampak belakang dinding adalah pembohongan . Mungkin ia pakai sihir bantuan syaitan.

Dalam kitab berzanzi ada tawasul kepada Nabi adalah syirik besar. Pergi kekubur untuk bertawasul kepada wali yang telah mati adalah syirik besar. Ada pula orang yang bertawasul minta tolong dari arwah bapa yang telah mati dikubur. Ini juga adalah syirik besar.

Mengapa perlu bertawasul kepada wali dan orang-orang yang telah mati sedangkan setiap hari kita membaca Fatihah..."Kepada Engkau aku sembah dan kepada Engkau aku minta pertolongan". Mintalah terus kepada Allah. Mengapa perlu meminta kepada selain dariNya.

Jampi atau doa yang terdapat sebutan nama makhluk seperti ashabulkahfi, wali-wali, nabi Sulaiman, Nabi-nabi lainnya, malaikat seperti Jibril dan lain-lainnya adalah haramdan syirik hukumnya.

Isa, Musa, Ozair, Malaikat dan emak Nabi Isa semua mereka ini beramal dengan amalan-amalan yang baik dengan itu Allah kasih kepada mereka dan jadilah mereka wali Allah.

Ketua tasauf berpesan, "hendaklah kita memohon terus dan beribadah kepada Allah dan jangan minta diberikan keramat".

Ada orang kata kalau wali tidak menzahirkan keramahnya ia adalah bukan wali, fahaman ini sudah terpesong.

Syaukani pula menambah:

  1. Malaikat menunggu dikubur wali-wali untuk menerima permohonan doa orang yang berkunjung - Ini adalah pembohongan yang besar.
  2. Sembahyang sunat mengadap kubur - Ini adalah pembohongan yang besar.
  3. Baca bismillah... 40 kali untuk wali Allah sebagai perlindungan diri - Ini adalah pembohongan yang besar.

 

Tawasul

Tawasul ada dua macam :

  1. Boleh
  2. Kebanyakan ulamak tidak membolehkan.

Boleh bertawasul :

Bertawasul dengan amal ibadat kita sendiri yang ikhlas kepada Allah seperti kisah tiga pemuda berjalan bila hujan ingin masuk kedalam gua diwaktu malam dimana pintu gua tiba-tiba tertutup dengan batu besar. Selepas ketiga-tiga pemuda bermesyuarat, pemuda pertama berkata, dia ada ibu bapa tua, hari-hari perah susu untu beri ibu bapa terlebih dulu baru berikan kepada isterinya. "Hai Allah kiranya bakti saya kepada ibubapa saya diterima, bukalah pintu gua ini". Maka pintu gua pun terbuka sedikit.

Orang kedua pula berkata "Hai Allah saya ada pekerjatip-tiap hari upahnya 1 gantang. Ada satu orang tidak ambil upahnya. Kemudian 1 gantang ini ditanam dapat banyak gandum, tanam lagi hingga dapat beli unta. Selepas beberapa tahun pekerja saya tersebut datang minta upah 1 gantang. Lalu saya berikan unta dan pengembalanya sekali. Hai Allah sekiranya saya berbuat baik kepada manusia ikhlas kerana mua Allah, bukalah pintu gua ini ". Gua pun terbukalah sedikit.

Pemuda ketiga pula berdoa "Orang perempuan tergila kepada saya. Satu hari perempuan ini minta hutang dari saya 120 dinar. Perempuan ini disuruh masuk dan duduklah mereka seperti suami isteri dan sebelum berzina, perempuan ini berkata "Takutlah Allah ...". Bila saya dengar lalu saya tak jadi berzina. Hai Allah kalau kamu terima amalan ku ini, bukalah pintu gua ini.". Pintu gua pun terbuka sepenuhnya.

Tawasul seperti cerita tiga pemuda diatas boleh digunakan tetapi adalah lebih baik sekiranya setiap amalan baik kita disimpan untuk membantu kita diakhirat.

Tawasul yang tidak boleh:

Tawasul dengan wali-wali yang dah meninggal adalah diharamkan.Dalilnya ialah :-

Pada zaman saidina Umar, musim panas yang terlalu lama telah mengeringkan tanaman dan penduduk merancang untuk buat solat hujan. Penduduk ini berkata "Ya Umar, sewaktu rasul hidup kami bertawasul dengan Nabi Muhammad dan Allah turunkan hujan dan kini kami bertawasul pula kepada Saidina Abbas." Saidina Umar mengizinkan lalu Saidina Abbas pun berdoa minta Allah turunkan hujan. Allah menerima doa dan menurunkan hujan.

Jikalau bertawasul dengan orang mati diizinkan oleh Islam, sudah pasti Saidina Umar akan terus bertawasul kepada Nabi selepas kewafatan beliau.

Kita boleh bertawasul kepada orang hidup seperti yang dicontohkan oleh Nabi seperti minta guru, ibubapa dan sahabat  mendoakan agar kita selamat mengerjakan haji. Sebagai anak, boleh juga minta ibubapa mendoakan lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang.

Tawasul yang tidak boleh antaranya ialah bertawasul dengan kemegahan Nabi seperti yang dilakukan oleh kumpulan tareqat.

Tuhan tidak suruh kita baca Fatihah kepada rasul kita tetapi disuruh beri selawat dan salam kepada rasul.

Antara Sifat Jin

Dalam Al Quran ada disebutkan bahawa "asalnya jin adalah takut kepada manusia tetapi selepas jin mengetahui bahawa manusia takut kepada jin maka jin menambah ketakutan pada manusia".

Apa tidaknya zaman sekarang ramai manusia dan juga orang Islam takutkan hantu dan syaitan. Sebenarnya jin dan syaitan hanya boleh menggangu manusia sekiranya diizinkan oleh Allah sahaja. Jadi mengapa perlu takut, mintalah doa kepada Allah untuk perlindungan dari gangguan jin dan syaitan.

Setengah orang Islam takutkan tempat-tempat tertentu seperti pokok besar, butan, busut, bukit dan rumah tinggal. Bila mereka melalui tempat ini ucap "tabek dato' nenek, cucu nak tumpang lalu ...." dan berbagai sebutan-sebutan lainnya. Mereka takut kalau tak sebut sesuatu nanti "datok" marah dan perut boleh senak atau mulut boleh senget dan lain-lainnya. Persoalannya ialah mengapa memang benar-benar terjadi ada orang yang ditimpa senak perut, senget mulut dan lain-lain lagi yang kononnya kerana 'datok'   penunggu tempat tersebut marah ? Sebenarnya orang ini ditimpa musibah tersebut adalah kerana Allah tidak memberikan perlindunganNya keatas orang tersebut lalu diizinkanNya syaitan untuk mendatangkan musibah kepada orang ini. Orang ini tidak pernah meminta perlindungan dari Allah. Sepatutnya, orang ini perlu membaca "a'uzubikalimatillahittammatimingsyarrimakhalak" yang bermakna 'Aku minta (kepada Allah) dipelihara dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan'.

Ingatlah .....

Kalau kita percaya dengan hantu, hantu gasak kita, tapi kalau yakin dengan Allah, insyaAllah Tuhan pelihara kita

Ramai orang tareqat menyangka dengan banyak zikir dan wiridnya maka Tuhan buka kasyafnya (hijab) lalu meningkatlah martabatnya dari martabat 1,2,3,4,5,6 dan akhirnya sampai martabat 7. Bila sampai martabat 7, tidak berdosa untuk melakukan sebarang perkara   yang dahulunya diharamkan seperti berzina.

Marilah kita ambil iktibar cerita dari Syeikh Abdul Kadir Jani yang masyhur dan warak. Pada satu malamtatkala ia solat tahajud, tiba-tiba cahaya terus sampai ke langit lalu berkata "Wahai AbdulKadir, aku adalah tuhan engkau. Kini halallah apa yang haram kepada orang lain".

Mendengar suara tersebut, Abdul kadir menjawab "Adakah engkau Allahhulaila haillallah anta ?" . Syaitan tidak boleh menuturkan ini dan cahaya tersebut terus hilang.

Lepas itu keluar suara "Hai Abd Kadir bebaslah engkau dari kesesatan ! "

Syeikh Abdul Kadir tahu bahawa cahaya tersebut adalah syaitan kerana pertamanya ia tidak boleh menjawab "Allahhulaila haillallah anta ". Keduanya pula ialah kerana menghalalkan apa yang haram kepada orang lain.

Namun demikian ramai orang tareqat yang jahil tertipu dengan helah syaitan ini. Ramai orang tareqat apabila ditunjukkan cahaya oleh syaitan lalu menghalalkan apa yang haram kepada orang lain maka mulai keesokan harinya, isteri murid atau sahabatnya dijimak kerana menurut fahamannya, ia sudah tidak berdosa lagi.

Ingatlah bahawa Islam berpesan:

"BELAJAR SATU SAAT ADALAH LEBIH BAIK DARI BERIBADAH 1 TAHUN"

Orang yang banyak beribadah tanpa ilmu kelak akhirnya ditipu syaitan dan mati dalam kafir kerana inilah cita-cita syaitan keatas anak Adam.

Ada tok guru tareqat mendakwa boleh bercakap dengan syeikh dari kubur dan bersalam dan ada setengahnya pula berpesan "Bila aku mati datanglah ke kubur aku untuk menunaikan hajat !". Ini semua adalah kerja-kerja syaitan. Jikalau kehebatan ini adalah satu ketinggian mertabat dalam Islam, maka sami hindu dikuil tu perlulah disanjung melebihi tok guru tareqat ini kerana sami hindu boleh mengajar anak muridnya berjalan atas bara dan bila musim thaipusam mereka boleh mencucuk berbagai benda keanggota badan tanpa luka dan berdarah dan apabila selesai upacara tiada kesan langsung keatas badan mereka.

Cuba lihat kesesatan seterusnya dalam tareqat ini. Syarat belajar dalam tareqat adalah 4 :

  1. Jangan tanya (soal)

  2. Jangan Bangkang

  3. Taat setia sepenuhnya (walaupun isteri diserah kepada tok guru)

  4. Apa tengok pun jangan ingkar (walaupun isteri sedang dijimak tok guru)

Marilah kita buka minda seluas-luasnya. Sedangkan Nabi Muhammad sampai beliau wafat pun terus sembahyang dan mengerjakan suruhan Allah yang lainnya disamping menahan diri dari melakukan tegahan Allah. Adakah tok guru tareqat yang melepasi martabat 7 jauh lebih mulia dari Nabi saw ????

Al Uzza adalah berhala terbesar orang-orang Quraish dulukala yang boleh berkata-kata. Khalid Ibnu Walid disuruh Nabi saw untuk menghancurkan berhala tersebut beserta bangunannya. Setelah mengerjakan suruhan Nabi, Khalid pun baliklah kepada Nabi lalu Nabi berkata "Kau belum berbuat apa-apa keatas Al-Uzza ! " Mendengar kata-kata Nabi maka Khalid pun pergilah ketempat berhala tersebut dan setibanya ketempat tersebut Khalid nampak perempuan menjerit-jerit dan tabur pasir atas kepalanya lalu Khalid pun pancung perempuan tersebut menjadi dua. Selepas kembali kepada rasul, Nabi pun berkata "Barulah kau bunuh Al-Uzza yang menipu orang-orang yang menyembahnya."

Orang tareqat kini pun macam itu juga tertipu oleh syaitan. Syaitan sememangnya boleh bertasbaih, berzikir dan lain-lainnya untuk menipu orang ramai.

Hanya orang berzikir yang ikut syariat dan ikhlas kepada Allah sahaja jadi pagar syaitan. Jika tidak, zikir tersebut hanya untuk tarik ikat setanjadi lebih hampir kepada mereka. Umat Islam perlu ingat bahawa penganut budha dan Hindu juga rajin berzikir dan berwirid. Bekas jiran Cina saya di Jasin amat rajin berzikir dan berwirid selepas subuh (mengalahkan saya!).

Dikutip dari Imam Masjid Haram Mekah.