Panduan untuk bakal ibu bapa.
Orang merasakan menjadi isteri itu mudah. Jikalau menjadi isteri itu mudah, mengapakah kita lihat hingga 70 peratus mereka yang berkhawin di Lembah Klang bercerai ? Berita pada Oktober 1999 menyatakan di Singapura, kadar perceraian umat Islamnya ialah 25 peratus. Sebenarnya setiap lelaki dan perempuan perlu belajar ilmu untuk mendirikan rumah tangga sesuai dengan kehendak Islam. Malangnya, ramai muda mudi masa kini menjadikan cerita hindustan dan movie dari barat sebagai panduan untuk berumah tangga. Kalau ikut orang barat, jumpa beberapa jam sahaja sudah boleh diikuti dengan babak diatas katil. Bagi kebanyakkan orang arab, ibu mengajarkan ilmu bilik tidur kepada anak perempuan mereka. Lelaki mereka pula diajarkan ilmu agama yang bukan setakat mengucap syahadah dan sembahyang serta mandi wajib sahaja kerana hanya ilmu agama sahaja yang dapat memberikan jaminan satu rumah tangga yang dibina akan kukuh, harmoni, diberkati, dirahmati dan kekal keanak cucu.
Sebagaimana kita perlu banyak melakukan persediaan diri sebelum mencari pasangan hidup, begitulah juga kita sewajarnya melengkapkan diri sebelum merelakan untuk menjadi ibu atau bapa. Manusia dijadikan Allah berbeza dengan haiwan. Burung kalau nak bertelur Allah jadikan pandai mereka membuat sarang secara otomatis tanpa perlu belajar. Manusia secara fitrahnya memang berbeza dengan haiwan dimana manusia diwajibkan belajar termasuk belajar bagaimana untuk menjadi ibu yang solehah. Malangnya masyarakat kini sanggup mengeluarkan berpuluh ribu ringgit hanya untuk pendidikan sekular bagi kepentingan ekonomi diri sendiri sahaja tetapi untuk kepentingan agama yang bakal menjamin kebahagian hidup dan rumahtangganya, tak ramai yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak. Samalah kesnya seperti ibu bapa yang bila bayar RM100 untuk tuition kimia tak jadi masaalah tetapi bila ustaz mengajar AlQuran minta RM20, banyak sangat soal jawabnya.
Islam mendidik kita dari peringkat awal sekali iaitu sebelum suami isteri berjimak hendaklah berdoa
yang bermakna "Ya Allah jauhkan kami dari syaitan dan jauhkan syaitan dari anak yang engkau kurniakan".
InsyaAllah tuhan akan melindungi dan memberikan berkat dan rahmat keatas suami isteri tersebut. Tanpa doa ini syaitan akan terlebih dahulu menjimak isteri tersebut. Dengan doa dan izin Allah kelak benih yang bertemu antara benih bapa dan ibu selepas jimak ini akan dilindungi Allah dari gangguan syaitan.
Benih ibu yang bercantum dengan benih bapa akan menyebabkan si ibu akan mengandung. Pendidikan untuk mendapatkan anak yang soleh bukan selepas anak dilahirkan tetapi adalah bermula dari saat ini. Jikalau bermula dari saat ini si ibu lebih kerap murung dan penyedih maka kelak anaknya akan murung dan penyedih jugalah. Jikalau si ibu bermula dari saat ini mengubah dirinya kepada sifat-sifat yang mulia, insyaAllah anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang mempunyai sifat yang mulia.
Mengapa saya hanya menekankan faktor ibu sahaja dalam pembentukan pribadi anak yang bakal dilahirkan? Adakah bapa tidak mempunyai peranan dalam pembentukan pribadi anak yang bakal dilahirkan? Sebenarnya Islam mengajarkan bahawa sebaik sahaja seorang lelaki menerima seorang perempuan sebagai isterinya, maka berpindahlah tanggung jawab mendidik perempuan ini dari ibu bapanya kepada si suami. Sebagai suami, kewajipannya bukanlah setakat mencari rezeki, memberikan tempat berlindung dan memberikan nafkah batin tetapi perkara penting yang para suami telah ramai melupakannya ialah mendidik isteri mereka kearah islam yang sejati. Jikalau sebelum mengandung si suami telah banyak mendidik isterinya dan proses ini berterusan sepanjang hayat, sudah pasti si ibu akan menjadi isteri yang solehah dan isteri ini bakal melahirkan putera-puteri yang soleh-solehah dan berpribadi mulia. Tetapi yang banyak berlaku pada masa kini ialah Suami isteri macam 2 x 5. Suami dan isteri sama-sama miss sembahyang subuh dan zuhur. Suami pergi kerja pasang badan dan isteri pergi kerja dengan make up yang tebal dan pakain yang menggiurkan berwarna warni serta dengan wangian yang mempesonakan. Ini telah dinyatakan oleh Allah dalam firmannya pada surah An Nuur ayat 26 :
"Perempuan-perenpuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat dan sebaliknya ".
Kalau kita baca dalam mass media, ini ditunjukkan dengan artis kahwin dengan artis atau dengan orang yang sama jiwanya. Dengan ini jelaslah bahawa peranan bapa dalam membina pribadi anak yang bakal dilahirkan adalah lebih utama dari si ibu cuma kesannya lebih merupakan secara tidak lansung manakala ibu adalah secara lansong.
Anak berpribadi buruk |
ibunya berpribadi buruk | bapanya berpribadi buruk dan tidak berusaha menjadikan dirinya dan isterinya lebih baik |
Dari hujah inilah setengah orang dapat menilai seorang lelaki atau perempuan hanya dengan menganalisa tingkah laku anak mereka. Kalau kita lihat seorang perempuan tingkatan lima tak pakai tudung, boleh lah kita membuat sedikit rumusan bahawa ayahnya tak begitu mengambil berat soal agama.
Seterusnya, disepanjang proses mengandung ini si ibu dituntut untuk membanyakan mambaca Al Quran termasuklah surah Yusuf dan Maryam. Sebagaimana yang dituntut oleh Islam, kalau baca Al Quran tu bacalah sekali terjemahannya. Adalah perlu diingat bahawa burung tiong emas pun pandai mengaji kalau diajarkan. Janganlah kita sama sahaja dengan burung tiong yang pandai mengaji Quran tetapi apa maknanya tidak pernah tahu.
Sepanjang mengandung, makanan yang dimakan oleh si ibu hendaklah makan yang halal kerana jikalau rezeki yang dibawa balik oleh sisuami datangnya bukan dari cara yang dihalalkan ditakuti, perangai tak baik si ayah ini akan menular kepada bayi dalam kandungan. Banyak contoh kita boleh lihat dimana suami isteri adalah terpelajar dan memegang jawatan penting dalam kerajaan tetapi anak rosak akhlak dan menagih dadah kerana sifat buruk ayah diikuti oleh isteri dan menurun pula kepada anaknya.
Berdoalah dengan doa yang baik-baik tetapi janganlah berdoa seperti " Ya Allah berilah aku anak yang cantik seperti kanak-kanak didalam poster itu" kerana insyaAllah kelak Tuhan akan berikan kita anak yang cantik tetapi bisu (gambar kanak-kanak didalam poster memangnya tak boleh bercakap). Doa dalam Islam dianggap ibadah dan setiap doa diberikan pahala. Doa membuktikan wujudnya hubungan hamba dengan Tuhannya kerana kita sebagai hamba tiada kekuasaan dan dengan itu perlu meminta dari Tuhannya.
Syirik hendaklah dijauhi bukan sahaja sewaktu mengandung tetapi adalah sepanjang hidup kita kerana syirik merosakkan aqidah yang menyebakkan kita sebagai pelaku syirik akan menjadi kafir musyrikin. Nauzubillah minta dijauhkan oleh Tuhan. Allah berfirman
"sesungguhnya orang yang mensyirikkan Allah niscaya Allah akan mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim"
Allah mengharamkan syurga bagi orang ini kerana ia telah menjadi kafir dan sesungguhnya setiap orang kafir diharamkan oleh Allah dari masuk syurga.
Upacara melenggang perut pada bulan-bulan tertentu dalam budaya melayu dengan setengahnya meletakkan kelapa diatas perut tiada dicontohkan oleh Nabi dan ditakuti perbuatan ini termasuk dialam kategori syirik juga.
Didalam usaha kita menangani masaalah syirik ini marilah sama-sama kita menghayati beberapa istilah penting berikut :-
Mempersekutukan Allah dengan sesuatu makhluk ciptaannya seperti patung, gambar, tulisan, senjata, tangkal azimat, pokok, batu dll.
Benda-benda (seperti kain merah, kemenyan, limau, batu, cincin, tali, kayu, besi kuning, tahi besi dan banyak lagi) yang dipercayai boleh memberikan rahmat/pertolongan kepada sipenggunanya.
Sebarang benda-benda bertulis ( samaada tulisan rumi, arab, AlQuran, hadith, rajah-rajah dll) yang dipercayai boleh memberikan rahmat/pertolongan kepada sipenggunanya.
Benda yang digunakan ( dimakan, disapukan dll ) untuk tujuan menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan dengan izin Allah.
Menjadi pencuri untuk memberi sedekah kepada orang miskin- haram. Jumpa bomoh/dukun/pawang syirik untuk tujuan berusaha untuk menyembuhkan gangguan syaitan diharamkan dalam islam walaupun matlamatnya adalah baik iaitu untuk menyembuhkan.
Ibu bapa perlu menguasai dengan kukuh bab syirik ini kerana anak yang soleh tidak akan lahir dari ibu bapa yang musyrik (mengerjakan syirik). Ramai orang tahu bahawa tangkal itu salah tetapi untuk mereka terus menyimpan tangkal-tangkal yang diberikan, mereka menghujah bahawa mereka setakat menyimpan sahaja tangkal tersebut sedangkan niat dalam hati mereka tidak terpesong dan tidak mempercayai tangkal tersebut serta mereka masih mempercayaai kuasa Allah. Persoalannya ialah, kalau dah tak percaya kepada tangkal tersebut kenapa terus menyimpannya? Bukankah lebih elok dibuang sahaja tangkal tersebut. Satu insiden berlaku pada hari raya aidil fitri tahun 1998. Hamba Allah menyimpan pedang warisan dari nenek moyangnya. Setelah ditegur bahawa pedang tersebut adalah tangkal dan menyalahi Islam mereka berkata bahawa mereka hanya setakat menyimpan sahaja pedang tersebut tanpa niat yang terpesong dari Islam. Tetapi masaalahnya, pedang ini mereka puja dan setiap malam jumaaat kliwon dibakar kemenyan dan sekali setahun pula dimandikan dalam upih pinang. Sekali sekala pula hamba Allah ini berdialog secara lansong dengan pedang ini. Perbuatan ini jelas syiriknya tetapi bila diberi peringatan , mereka berusaha mencari helah dan alasan untuk membenarkan perbuatan mereka yang syirik ini.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud ada menyatakan yang mafhumnya berbunyi:
"Sesungguhnya tangkal, azimat dan petunduk adalah syirik"
Dalam hadith sahih Turmizi dan Al Hakim pula ada menyatakan mafhumnya:
"Sesiapa yang memakai / menyimpan sesuatu (tangkal azimat dll) maka ia telah bertawakkal dengan nya".
Hadith ini menjelaskan bahawa apabila kita menerima sebarang pemberian dari bomoh lalu menyimpannya dengan tanpa sebarang niat sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah. Kita diseru untuk hanya betawakkal kepada Allah sahaja dan betawakkal kepada selain dari Allah inilah yang dipanggil syirik iaitu memohon sesuatu kepada Tuhan lain selain Allah (iaitu dalam bentuk tangkal, azimat dll). Apabila kita melakukan perkara ini samalah kita dengan orang kafir Cina dan India. Mereka ini tahu tuhan mereka sebenarnya tidaklah berada dalam berhala tersebut tetapi berhala ini telah dijadikan tempat untuk bertawakkal (menyembah) untuk memohon dan meminta segala sesuatu.
Ketahuilah bahawa menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah serta berserah diri (bertawakkal) kepada perantara itu, yang melakukan hal itu menurut kesepakatan Ulama (Ijmak) adalah kafir.
Untuk mendapatkan sesuatu |
||
Orang Cina (Taoism) dan India: Bertawakkal / mengharapkan kepada perantara berhala agar memperkenankan hajat/permintaan mereka. |
Pelaku Syirik (musyrikin) orang Melayu: Bertawakkal / mengharapkan kepada perantara tangkal, azimat dll agar memperkenankan hajat/permintaan mereka |
Cuba analisakan pula kes-kes berikut pula:
Kes |
Orang Cina |
Orang Melayu "Islam" |
1 |
Pagi pagi memohon kepada topekong (berhala) dengan membakar colok mohon diberikan rezeki kepada perniagaan mereka. | Jumpa bomoh untuk dapatkan pelaris (tangkal, azimat dll) . Setiap pagi meyakini rezeki dari perniagaan bertambah kerana telah ada pelaris. Nota: Mendapatkan khidmat bomoh pelaris memang akan melariskan perniagaan anda bagi jangka pendik (diatas bantuan syaitan) tetapi selepas beberapa tahun perniagaan akan bermasaalah besar mungkin hingga perlu ditutup kerana bala dari Allah |
2 |
Botak Chin dan pengikutnya memakai berbagai-bagai tangkal dan azimat untuk menjadikan dirinya istimewa! | Orang melayu memasang susuk emas, berlian dan raksa di muka, punggung dan tangan untuk berbagai-bagai tujuan seperti cantik, manis, menawan, seksi, kuat, kebal dll. |
3 |
Orang cina memakai tatoo untuk tujuan tertentu | Orang Melayu memakai tatoo untuk tujuan tertentu. |
Saat menunggu kelahiran bayi adalah satu saat yang boleh jadi menggembirakan tetapi ia juga boleh jadi satu saat yang menyeram dan mengerikan memikirkan berbagai-bagai kemungkinan yang boleh terjadi. Namun bagi orang mukmin ,
"mereka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati"
Baqarah : ayat 62
Kalau kita banyak risau dan gelisah itu adalah satu tanda bahawa kita bukan orang mukmin sesuai dengan ayat diatas. Saat menanti kelahiran ini boleh mengubah orang yang cuai sembahyang kepada rajin sembahayang. Perbaikilah diri kita semoga menjadi seorang yang benar-benar Islam sejati semoga diantara rahmat dari Allah kelak kita menanti saat kelahiran bayi ini dengan hati yang tenang.
Saat melahirkan bayi bagi seorang bakal ibu cukup menakutkan. Berbagai-bagai cerita yang kita dengar tentang azab ibu yang melahirkan anak sehingga kematian ibu yang melahirkan anak diberikan satu kedudukan yang tinggi dalam Islam sebagai salah satu jenis mati syahid. Namun demikian persoalan yang perlu kita fikirkan ialah mengapa ada orang melahirkan anak dengan cukup mudah manakala ada pula mereka yang melahirkan dengan cukup masaalah dan azab hingga berhari-hari ? Jawapannya ada didalam Al Quran As-Syuura ayat 30 :
"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan mu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (kesalahan-kesalahan mu)".
Jikalau seorang ibu melahirkan anak dengan banyak azab, maka Tuhan sebenarnya ingin memaafkan sebahagian dosa kita yang lalu (kalau kita redha dengan ujian ini dan tak memaki hamun dan menyumpah seranah). Nasihat saya ialah semoga saat melahirkan bayi dilalui dengan mudah, lancar dan tenang maka ibu bapa perlu lah mengelakkan sebarang dosa terutamanya dosa yang besar dan jikalau ada dosa-dosa yang lalu seperti dosa isteri dengan suami, dosa suami dengan isteri, dosa kepada ibu bapa, dosa kepada jiran dan dosa kepada rakan hendaklah diselesaikan segera sebelum saat kelahiran bayi . Mudah-mudahan dengan kurangnya kesalahan kelak Tuhan memudahkan proses kelahiran bayi.
Setelah bayi selamat dilahirkan dan telah dbersihkan badannya, seperti yang telah dicontohkan oleh Nabi SAW, belahlah (tahnik) mulut bayi anda dengan menyapukan buah tamar yang sudah dilumatkan (atau madu) kelangit-langit mulut bayi anda dengan hujung jari.
Apabila Lahirnya sahaja anak pertama yang sempurna dan comel janganlah kita pula menjadi syirik sesuai dengan firman Allah dalam surah Al Araaf ayat 189 190
"Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya isterinya itu mengandung kandungan yang ringan dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami/isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata "sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur"
Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan"
Apakah yang dimaksudkan dengan Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah? Akibat dari dhaifnya umat Islam masakini mereka telah melakukan apa yang Allah telah nyatakan dalam Quran ini. Lihatlah betapa setelah Allah berikan anak yang sempurna (tak cacat) mereka terus syirik tanpa disedari. Mula-mula sekali uri yang lahir bersama bayi tadi akan dibersihkan dibubuh garam, paku dan jarum lalu ditanam dalam bekas. Malamnya pula ada yang memasang pelita diatas uri tersebut. Bukankah garam, paku dan jarum tadi telah menjadi tangkal sesuai dengan hadith sahih Turmizi dan Al Hakim diatas. Disini tanpa jumpa bomoh ibu bapa telah menjadi syirik hanya atas nasihat orang tua mereka. Kalau kita soal kepada orang tua kita mengapa perlu bubuh garam, paku dan jarum, mereka akan berkata bahawa ini adalah ikhtiar untuk melindungi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Disinilah silap kita yang telah menyerupai amalan orang Cina seperti yang telah dihujahkan ditas. Kita sepatutnya memohon terus perlindungan dari Allah tanpa melalui perantaraan benda seperti garam, paku dan jarum.
Seterusnya ramai ibu bapa melakukan syirik lagi tanpa disedari dengan meletakkan pula benda-benda seperti gunting, paku, kacip, bawang putih, bawang merah dll disekitar bayi tadi dengan tujuan untuk melindungi bayi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Bukankah ini sudah jelas hukum syiriknya dan sesuai pula dengan firman Allah dalam surah Al Araaf ayat 189 190 diatas. Bila saat mengandung berdoa berbagai-bagai tetapi bila dapat saja anak terus jadi kafir musyrik kerana mensekutukan Allah. Setengah orang pula tidak meletakkan barang-barang ini disekitar bayi tetapi menggantikannya dengan meletakkan surah Yaasin dan ada pula yang meletakkan AlQuran disisi bayi dengan alasan yang sama. Maka menurut definasi azimat diatas, ibu bapa ini telah menjadikan Yaasin dan AlQuran sebagai azimat dan hukumnya tetap syirik. Ia juga sesuai dengan
"dari Ibrahim bin Nakhi berkata : Telah berkata Ibnu Masud : Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua jenis tangkal dari AlQuran atau bukan dari AlQuran".
Sebenarnya mereka yang menggunakan Yaasin dan Quran untuk menjauhkan gangguan hantu , syaitan dan jin adalah mereka yang terpengaruh dengan menonton movie hantu dan dracula barat dan cerita hindustan dimana hantu, syaitan dan dracula ini takut kepada kayu salib dan "holy water". Oleh kerana mereka adalah orang islam maka mereka menggunakan Yaasin dan Quran dengan tujuan yang sama. Maka dengan ini orang Islam yang menggunakan azimat dari Quran ini telah menggolongkan diri mereka sama dengan orang kafir tersebut.
Sebenarnya dengan menggunakan tangkal dan azimat bagi melindungi bayi akan menjadikan bayi tersebut lebih terdedah kepada gangguan yang akan mengakibatkan bayi kerap menangis terutamanya menjelang maghrib dan tengah malam. Syaitan telah mengganggu bayi tersebut dengan harapan ibu bapa dhaif ini akan berjumpa pula dengan bomoh/dukun/pawang agar mereka terjerumus kedalam lembah syirik yang semakin dalam.
Allah berkuasa menjadikan segala rupa kejadian. Bayi yang kita lihat lemah tak bermaya diberikan oleh Allah satu kelebihan yang tidak terdapat pada orang dewasa dan kanak-kanak. Bayi boleh melihat hantu/syaitan/jin yang mengganggu. Itulah sebabnya bayi ini mudah menangis terutamanya waktu menjelang senja dan tengah malam. Secara umumnya bayi akan mengangis apabila lapar, kencing, berak dan sakit atau tak selesa. Jikalau bayi tak lapar, tak kencing, tak berak tidak sakit/kembung perut dan dalam keadaan selesa tetapi setelah dipujuk pun terus mengangis untuk tempuh waktu yang lama maka bayi ini sedang mengalami gangguan dari syaitan. Pada kebiasaannya, syaitan yang mengganggu bayi ini adalah syaitan yang kita jemput secara resmi. Apabila dipersekitaran bayi atau didalam rumah banyak benda-benda tangkal dan azimat maka syaitan akan mendampingi benda-benda ini. Syaitan inilah yang mengganggu bayi ini.
Akan ada orang bertanya mengapa apabila saya bawa bayi yang diganggu syaitan ini kepada bomoh, anak saya diam dan sembuh pula sedangkan bomoh ini juga gunakan khidmat syaitan. Jawapannya ialah bahawa sebenarnya syaitan ini ada mesyuarah dan pakatan diantara syaitan-syaitan dan matlamatnya adalah agar manusia terus syirik. Syaitan dari bomoh tersebut telah berpakat dengan syaitan asal yang mengganggu bayi agar jangan lagi mengganggu bayi ini. Perkara ini nampak seolah-olah syaitan telah menolong bomoh dan bayi tersebut. Sememangnya benar syaitan ini menolong bayi tetapi keuntungan jauh lebih besar yang diperolehi oleh syaitan ialah ibubapa bayi ini telah murtad dan syirik dengan berjumpa bomoh dan menerima tangkal/azimat dari bomoh tersebut.
Namun demikian satu perkara yang menarik yang perlu difikirkan oleh semua orang Islam ialah "adakah selamat dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini kekal ?". Jawapannya ialah kembali kita kepada Al Quran As-Syuura ayat 30 diatas, setiap yang berdosa akan menerima musibahnya. Secara kebiasaannya (hukum adat seperti yang ditetapkan oleh Allah), selamat (aman) dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini hanya akan bertahan untuk tempuh selama 30 hingga 40 hari sahaja. Selepas tempuh ini syaitan akan terus mengganggu bayi ini dengan tujuan supaya ibubapa ini akan berjumpa lagi dengan bomoh yang sama. Dengan ini bomoh mendapat sumber pendapatan yang tetap dan manusia dapat terus disesatkan oleh syaitan.
Demi kesejahteraan bayi yang baru dilahirkan dan demi menjaga aqidah sebagai seorang beragama Islam, jauhilah syirik. Jikalau didalam rumah ini sudah sedia ada tangkal/azimat sebelum kelahiran bayi, maka bersihkan rumah ini dari benda-benda ini semoga bayi akan sentiasa dibawah perlindungan Allah dan selamat dari gangguan syaitan. Orang yang melakukan syirik dengan otomatis akan gugur perlindungan yang diberikan oleh Allah dan dengan itu terdedah pula kepada gangguan syaitan.
Suami isteri yang mengharapkan kelahiran bayi yang sihat dan sempurna selalu berdoa kepada Allah. Sewaktu ini kalau Tuhan meminta sesuatu sebagai jaminan keselamatan bayi pasti akan kita tunaikan walaupun seberat mana sekalipun. Jadi setelah seorang bayi comel yang sihat dan sempurna diberikan oleh Allah, apalah salahnya sebagai tanda kesyukuran kita menjamu orang yang layak dijamu seperti fakir miskin, janda-janda dan anak yatim. Dengan ini Islam telah menuntut agar pasangan yang mendapat anak lelaki menyembelih 2 ekor kambing dan 1 ekor kambing pula bagi anak perempuan sebagai aqeqah. Mahal sangatkah 2 ekor kambing berbanding dengan rahmat Allah yang tak terkira banyaknya. Lakukanlah seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW iaitu menyembelih aqeqah pada hari ketujuh kelahiran bayi dan seterusnya berilah nama yang baik. Faktor nama yang baik sememangnya akan mempengaruhi perwatakan bayi ini. Berikanlah daging aqiqah tadi kepada orang yang layak menerimanya seperti fakir miskin, janda dan anak yatim sesuai dengan sunnah Nabi.
Selain memberi nama dan aqeqah pada hari ketujuh, nabi telah mencontohkan agar bayi ini dicukur licin pula kepalanya. Setiap yang dicontohkan melalui Nabi SAW sememangnya banyak kebaikan atau hikmahnya. Kalau nak lihat apakah kesannya kepada bayi anda carilah bayi-bayi lain yang tidak dicukur rambutnya. Pasti anda akan temui bahawa kulit kepala bayi ini banyak berkudis dan bernanah. Jadi inilah hikmahnya setiap sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW untuk dicontohi oleh kita semua.
Nabi memberi contoh yang sempurna tetapi ramai rakyat Malaysia kini seolah-olah lebih pandai dari Allah dan Nabi. Nabi membuat sesuatu hatta bercukur atas perintah Allah kerana hikmah-hikmahnya. Rakyat Malaysia ubah syariaat ini dengan membuat kenduri bacaan marhaban dari kitab Jaafar AlBarzanzi walaupun kitab ini banyak penyelewengan aqidah. Selepas itu potong sedikit rambut lalu masukkan kedalam kelapa muda yang dipotong indah kerana dipercayai rambut yang dimasukkan keladalam air kelapa muda ini akan membawa kebaikan tertentu. Ini sudah satu perbuatan syirik yang jelas mengikut perbincangan diatas. Nabi suruh cukur semua rambut tetapi kita buat syariaat baru iaitu potong rambut depan sahaja. Kita lebih pandai dari Allah dan rasulnya. Dan apa yang amat jelas ialah budaya masukkan rambut dalam air kelap muda sememangnya amalan budaya orang hindu. Orang hindu pada hari Thaipusam pecahkan biji kelapa kerana kononnya ada hikmahnya yang tertentu.
Dari masa kesemasa ibu bapa baru ini akan membawa bayi kecilnya ke rumah saudara mara dan sahabatnya. Sepanjang perjalanan perbanyakkanlah zikir. Apa yang sangat perlu diingati ialah "jangan menunjuk samaada dengan jari atau dengan mulut sebarang benda yang dilihat sepanjang perjalanan terutamanya kuil, rumah berhala, kubur, patung-patung, gambar, bukit, gua dan gunung." Jikalau anda nak buat satu amali mudah bolehlah anda menunjukkan kepada bayi anda mana kuil hindu dengan jari telunjuk anda dan tunggulah beberapa ketika apa yang akan berlaku.
Setelah sampai kerumah yang dituju, apa perlu dilakukan apabila tiba-tiba sewaktu memasuki rumah ini bayi terus menangis (akibat gangguan syaitan) yang luar biasa ? Ini adalah petanda yang menunjukkan bahawa rumah ini terdapat banyak syaitan yang berdamping dengan barang-barang tangkal/azimat, patung (patung kuda atau patung pemberian kawan dari Bali), gambar dll. Berilah alasan yang baik kepada tuan rumah dan tinggalkan rumah tersebut secara segera. Kalau perlu juga pergi kerumah ini bersama bayi, pergilah selepas bayi berumur satu tahun. Ketika ini bayi ini sudah tidak ada lagi keistemewaan untuk melihat syaitan.
Sebelum bayi lahir, latihlah diri anda selalu bersembahyang berjamaah bersama isteri/suami. Sebelum maghrib, tutuplah pintu dan tingkap. Lubang angin (ventilation) tidak mengapalah dibiarkan terus terbuka. Amalan orang tua-tua dikampung dahulu kala ada banyak muslihatnya yang tidak diketahui.
Adakah boleh menerima tetamu diwaktu mendapat bayi ini ?. Jawapannya adalah boleh tetapi dengan cara yang betul. Kalau kita menerima tetamu waktu malam dan tetamu terus pula mendukung bayi ini, jawapnya tunggulah menjelang tengah malam nanti pasti bayi anda akan melalak. Cara yang betul ialah sediakan air untuk berwuduk diluar rumah untuk tetamu mengambil air sembahyang. Kalau diluar rumah ada paip air lebih mudah. Pentingnya ialah pastikan tetamu mengambil air sembahyang terlebih dahulu diluar rumah bukan masuk rumah baru ambil wudhuk.
Jika suami balik kerumah dari tempat kerja atau dari kebun juga amalkanlah mengambil air wuduk sebelum memasuki rumah, mudah-mudahan bayi akan dilindungai Allah dari gangguan syaitan.
Bapa juga dilarang untuk membawa masuk benda-benda berdarah selepas maghrib. Kalau nak beli ayam atau daging lembu, belilah waktu siang hari dan bawa masuk rumah sebelum waktu maghrib. Kalau ada juga orang memberi rezeki ayam yang sudah bersembelih atau daging pada waktu malam, janganlah bawa masuk kerumah tetapi mintalah jiran anda simpankan daging atau ayam ini sehingga esok hari.
Kini tibalah pula bahagian bagaimana sekiranya bayi diganggu syaitan dan menangis tanpa henti. Apabila anda meyakini bahawa tangisan bayi anda adalah luarbiasa yang mungkin disebabkan oleh gangguan syaitan, bacalah kalimah-kalimah Allah seperti ayat Kursi dengan kyusuk serta mengharapkan perlindungan dariNya dan selepas itu hembuskanlah perlahan-lahan kebelakang telingan kanan bayi ini. Perlu diingati bahawa perlindungan adalah dari Allah dan bukan dari ayat Kursi ini. Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Boleh juga dibacakan ayat-ayat dari empat Kul iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Sebagai satu latihan harian yang baik, adalah digalakkan bagi ibu atau bapa membacakan ayat-ayat bermula dari ayat Kursi hingga An Nas setiap kali menidurkan bayi, mudah-mudah Allah (dan bukan ayat-ayat ini) akan memberikan perlindungan kepada bayi anda.
Sebagai bapa, berilah isteri makanan dari rezeki yang baik kerana susu yang diberikan kepada bayi akan membawa seribu rahmat. Sebagai ibu pula, bertekadlah semasa mengandung untuk menyusukan bayi anda kalau dapat hingga bayi berumur 2 tahun. Menyusukan bayi jauh lebih murah dari memberikan bayi susu formula. Tambahan lagi ibu lebih mudah dan selesa diwaktu malam kerana tidak perlu bangun untuk membancuh susu formula. Ibu bapa pula lebih tenteram kerana susu ibu akan insyaAllah menjadikan bayi tidak banyak kena penyakit terutamanya selsema dan batuk. Bayi yang mengidap selsema dan batuk akan banyak merengek dan menjadikan suasana ibu bapanya tegang dan banyak berjaga malam yang sungguh meletihkan.
Bagi mempastikan bayi terus membesar dengan sihat tanpa sebarang musibah seperti penyakit dan kemalangan lain, ibu bapa amat perlu memainkan peranannya. Kadang-kadang secara tiba-tiba bayi mendapat batuk dan selsema yang teruk tetapi setelah diperiksa kemungkinan besar penyakit ini adalah berpunca dari kesilapan ibu bapanya. Kesilapan yang selalu dilakukan oleh ibu ialah sifat megah dan riak (menunjuk-nunjuk). Megah dan riak hanya sifat kepunyaan Allah. Manusia tidak layak mempunyai sifat-sifat ini kerana manusia adalah lemah. Apabila seorang ibu suka sangat menceritakan betapa comelnya bayi beliau kepada rakan dan jiran, maka tunggulah saat bila mana bayi anda jadi tidak comel lagi apabila kena penyakit selsema dan batuk dengan ingus meleleh dan kurus kerana tak lalu makan. Terimalah musibah dari Allah akibat dari tangan (mulut) anda sendiri sesuai dengan firman Allah dalam ayat 30 surah As Syuura diatas. Sepatutnya bila bayi terus membesar dengan comel dan lincah, si ibu perlu banyak mengucap syukur dengan membanyakkan zikir mudah-mudahan rahmat Allah ini akan ditambah lagi. Apa yang berlaku dipejabat apabila seseorang bertanyakan khabar bayi yang baru lahir, tak habis-habis si ibu menceritakan kisah bayinya yang itu dan yang ini. Cubalah belajar dengan menjawab "Alhamdulillah bayi saya sihat" dan cukup setakat itu sahaja supaya terelak dari sifat megah dan riak dengan nikmat Allah ini iaitu dapat bayi.